Bicara Micheal Ang Tentang CheTa Bernas!

Episod penyingkiran minggu ini menyaksikan satu peristiwa yang sungguh menyentuh hati. Leeza dapat lihat nilai PERSAHABATAN dan PENGORBANAN dalam episod kali ini. Kata-kata Micheal Ang tentang CheTa sangat BERNAS sekali.

Menyentuh hati leeza apabila CheTa tampil untuk keluar daripada MASTERCHEF SELEBRITI pada kali ini. Di situ, kita dapat lihat kesetiaan dan keakraban dalam persahabatan mereka. Yeahhhh…..! Sepanjang episod penyingkiran juga, Micheal Ang ada menyatakan dia sengaja menyebut “ikan masin” kerana dia mahu merealisasikan impian CheTa untuk menjadi TOP 5.…..

MICHEAL ANG MEMANG TERHEBAT!!!

Penonton tidak sewajarnya mengkritik CheTa kerana kita tidak pernah merasa atau makan masakan yang dihasilkan oleh CheTa. Berkaitan cintanya,biarlah.. itu hal peribadinya.. …Kepada Micheal Ang :  Anda memang HEBAT… Dalam KEBISINGANNYA, beliau telah menghiburkan hati leeza. Paling tak boleh lupa ialah NADA MICHEAL ANG memberi komen dan berbicara. Sangat comel… Haaaa dan Yang BEST bila Micheal Ang cakap Kenchana seperti BIBIK rumahnya dan CheTa “Bimbo”… HaaaaaTurut TAK LUPA, MICHEAL ANG FOBIA dengan PETROL PAM!!! 🙂

5 YANG TERHEBAT

TITIK SANTAI :: :: ::

Seterusnya kita saksikan lagi kisah demi kisah yang sebenarnya ada nilai dan pengajaran yang boleh dipelajari. Lihat sesuatu secara tersirat!!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *