Char Koay Teow Simply Delicious Tampil Terbaik

Char Koay Teow Simply Delicious Tampil Terbaik

Salam semua.. Minggu lepas leeza menerima jemputan ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious di Encorp Strand Kota Damansara. Kalian kenal blogger Kak Nora tak? Kalau tak kenal, leeza sarankan kalian jenguklah blog beliau.. Jom kenal KAK NORA (http://kongsibersamanora.blogspot.com/).

Nak ucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada Kak Nora kerana ajak leeza pergi  lepak makan di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious. Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ini milik Serina Chef Redzuawan dan rakannya. So leeza mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Serina Chef Redzuawan sebab memberi peluang kepada para blogger bersinggah makan di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious.

Tanpa membuang masa, leeza nak menari abjad tentang menu yang leeza nikmati di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious. Semestinya menu utama di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ialah Char Koay Teow ..

Char Koay Teow Simply Delicious Tampil Terbaik

“Enak sungguh dan tatkala mengarang entri ni.. leeza terliur ar…. haaaaaa”

MURTABAK TERBAIK

“Jujurnya, murtabak ni memang intinya sangat banyak dan puas hati… RM5 sahaja”

Char Koay Teow kering – Juga menyengat

“Pada mereka yang tidak suka yang basah, boleh cuba yang kering di Char Koay Teow Simply Delicious

Ni leeza tak sempat nak rasa.. Sempat snap gambar… 🙂
Sate ini juga meninggalkan kesan yang positif
Minuman kami.. Thumb Up
Ni memang kesukaan leeza…. RM21 ..
DURIAN CRAPE di Char Koay Teow Simply Delicious
PAVLOVA di Char Koay Teow Simply Delicious
RED VELVET di Char Koay Teow Simply Delicious

Hujung minggu ni leeza nak pergi lagi… Ada kawan minta leeza bawa ke Char Koay Teow Simply Delicious sebab tergoda dengan gambar-gambar dan komen leeza. Kah kah… 

Kepada mereka yang berdekatan, kalian haruslah terjah dan nikmati hidangan yang disediakan. Yang jauh pula, hujung minggu boleh lah singgah……. 

MAKLUMAT :

CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 – 61514112
Facebook charkoayteowsimplydelicious
FaceBook Serina Oluanaigh
IG – SerinaRedzuawan

Sebelum melabuhkan tirai… Leeza nak beritahu bahawa kemudahan untuk solat juga disediakan… 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *