Dokumentasi Pecutan Akhir UPSR Bahasa Malaysia

Salam sejahtera. Di sini leeza kongsikan Dokumentasi Pecutan Akhir UPSR Bahasa Malaysia yang disediakan. Dokumentasi ini disediakan secara ringkas sahaja. Harap dapat memberi rujukan kepada yang lain.
Harap maaf jika Dokumentasi Pecutan Akhir UPSR Bahasa Malaysia tidak seperti yang kalian harapkan.

DOKUMENTASIPECUTAN AKHIR UPSR BAHASA MALAYSIA (KELAS ELIT dan KELAS BIASA) SJKC TSUN JIN 2017


1.0         PENGENALAN/PRAKATA Pecutan Akhir UPSR Bahasa Malaysia diadakan bagi memastikan murid menguasai serta memahami secara keseluruhannya mata pelajaran Bahasa Malaysia khususnya teknik menjawab soalan dan mentafsir soalan. Program ini dikendaili oleh guru-guru Bahasa Malaysia Tahun 6. Diharap dengan program seumpama ini dapat meningkatkan prestasi murid seterusnya melonjakkan keputusan UPSR pada tahun 2017.
2.0         LATAR BELAKANG Program Pecutan Akhir UPSR ini baru dilaksanakan pada tahun ini. Diharap program seumpama ini dapat membantu murid-murid menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan yang sebenar. Program ini juga lebih berfokus kepada tema-tema penting untuk UPSR 2017.
2.1       TARIKH PELAKSANAAN ( Tarikh/Masa/Tempat)            26 Ogos 2017 (Sabtu)             28 Ogos 2017 (Isnin)             8:00 pagi hingga 12:30 pagi
2.2       JAWATANKUASA PELAKSANA             Semua guru Bahasa Malaysia Tahun 6.
2.3         OBJEKTIF    ·     Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Malaysia. ·         Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah. ·         Menambah serta mempelbagaikan  teknik pengajaran di sekolah. ·      Membaiki kelemahan murid dan memastikan murid tidak membuat kesalahan umum semasa menjawab soalan.
2.4       KAEDAH PELAKSANAAN  Program ini dilaksanakan dan dijalankan oleh semua guru Bahasa Malaysia yang mengajar Tahun 6. Setiap guru diberi tanggungjawab untuk menyampaikan pengajaran bagi setiap bahagian.
3.0         3.0      HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI Program ini dijalankan pada tanggal 26 Ogos 2017 (Sabtu) dan 26 Ogos 2017 (Sabtu) dan 28 Ogos 2017 (Isnin). Setiap orang guru yang mengajar diberi tanggungjawab untuk menyampaikan pengajaran masing-masing.
4.0       KEMAJUAN / MASALAH            Kekangan yang dikenalpasti ialah masih terdapat sebilangan kecil murid tidak dapat hadir ke program yang dijalankan.
6.0       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN             Diharap pada tahun akan datang, semua murid dapat melibatkan diri dalam program yang diadakan ini.
7.0       PENUTUP Akhir kata, diharap program ilmiah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Program ini bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu secara optimum malahan dapat mempelbagaikan suasana pembelajaran murid. Hasil dapatan mendapati program ini mendapat respon yang positif daripada para murid.

Disediakan oleh,                                                    30 Ogos 2017                                                                                               …………………………………….                                                               (…………………………. ….. )
            Disemak oleh,

            ……………………………………             (………………………………..)             
LAMPIRAN** MASUKKAN LAH GAMBAR dan BAHAN YANG SESUAI**

TITIK SANTAI :: :: ::

Ilmu itu pelita hati.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *