Kebodohan Yang Memakan Diri

Hello readers.

Kali ni nak kongsi kisah dongeng. Sebenarnya nak letak gambar ular, tapi saya sendiri geli melihat gambar-gambar ular di yang dicari di google. Jadi saya teruskan jer lah dengan kata-kata tanpa gambar…. Cerita yang diadaptasi daripada sebuah buku motivasi : 50 Madah Pujangga Masyarakat China.

Terdapat seorang tuan rumah sedang mengadakan pesta. Dia ingin menghidangkan jus anggur kepada para tetamunya, namun kuantitinya tidak mencukupi.

Maka dia mengadakan pertandingan untuk merebut anggur tersebut. Arahan pertandingan :

  1. MELUKIS SEEKOR ULAR PADA LANTAI.
  2. SIAPA YANG SIAP DAHULU, DIKIRA PEMENANG.

1 … 2… 3…. Mulaaaaaaa………!!!!!!!

Abu dapat menyiapkan lukisan dalam masa yang singkat. Dia pun ambil jus anggur tersebut namun dia tidak meminumnya. Sebab dia melihat tetamu lain masih belum menyiapkan lukisan mereka.

Lalu, Abu menambah kaki pada lukisan ularnya. Sedang dia melukis kaki pada lukisan ularnya, Ali telah menyiapkan lukisan ularnya. Ali merebut jus anggur tersebut. Mereka berbalah antara satu sam lain.

Tuan rumah berkata :
“Awak belum selesaikan lukisan awak kerana awak sedang melukis kaki ular! Kenapa awak perlu tambah kaki pada ular itu.”

Akhirnya, Ali telah mendapat jus anggur itu.

PENGAJARANNYA :
Lakukanlah sesuatu itu sebagaimana seharusnya. Janganlah kurang mahupun lebih. Hal ini kerana menambah apa-apa yang tidak perlu akan menyebabkan yang betul menjadi salah walaupun masih mempunyai masa.

Cuba lakukan perkara lain yang lebih berguna.
Atau, gunakan masa tersebut untuk berehat agar fikiran anda lebih segar untuk melakukan perkara berikutnya.

Titik Santai :

Orang yang bertindak keterlaluan akan merugikan diri sendiri. Lakukan semua perkara dengan penuh kesederhanaan.Adakala sesuatu perkara itu tidak perlu kita lakukan.. Tapi kenapa kita tetap nak buat dan akhirnya kita sendiri yang rugi.. kita sendiri yang terluka…. Renung-renungkan…..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *