Lawak Santai : Cikgu or Murid Yang Bodoh.

Guru Disiplin, Ratu berjalan dengan penuh bergaya ke dalam kelas yang dianggap paling degil di sekolah. Kali ini misinya untuk mengenakan murid-muri dkelas berkenaan lalu bertanya ….

CIKGU : Siapa BODOH? Sila berdiri.

Murid A : Ha ha ha ha ha 

CIKGU : Awak dengar tak arahan saya? Siapa BODOH, sila diri sekarang. (pekik Cikgu)

Murid A : (Berdiri) Saya dah berdiri cikgu.

CIKGU : Ohhhh… Jadi awak seorang sahaja yang BODOH dalam kelas ni. Saya dah agak.

Murid A : Bukan Cikgu. Cuma saya tidak sanggup melihat cikgu berdiri seorang diri.

Cikgu Ratu bengang dan terus keluar dari kelasnya.

(Dipetik daripada Mingguan – 9 Oktober 2011)

TITIK SANTAI :

Sesungguhnya aku juga pernah melalui saat diuji oleh anak murid. Berkaitan meminta murid-murid senyap. Tak mungkin aku lupakan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *