Pertandingan Badminton Jam 3.30 Pagi

Saya telah menyertai pertandingan badminton di Lee Chong Wei Sport Arena, Jalan Klang Lama semalam. Berdasarkan jadual perlawanan, game saya akan bermula pada 11.15 malam
Malangnya, disebabkan masalah teknikel di siang hari, perlawanan lambat 4 jam. Rasanya kalau pergi Muar dan sampai kot.
Dari jam 10.45 malam saya menanti sehingga jam 3.15 pagi. Tak payah cakap lah, mata ni macam nak tutup dah. Dah malas nak main. 

Kira-kira Jam 3.00 pagi, perlawanan saya bermula namun pihak lawan tidak ada. 
15 minit tunggu, jadi kami diberi kemenangan percuma. Tiba-tiba pihak lawan muncul, saya dah kemas beg, kasut pun dah tanggal… Partner pun dah siap nak balik.
Kami diminta bermain… Nak tak nak, main jer lah…AKHIRNYA, kami kalah 25 -30 … Hahaha…..
Kecewa tapi puas hati sebab good try lah… 1st time berlawan jam 3.30 pagi. 
Ni dah kategori lawan kesabaran dan kekuatan mental kot…
Titik Santai :

Kepada partner saya tu, pagi tadi kita dah try the best lah…. No luck & mistake menyelebahi kita. 1st time masuk perlawanan… Kepada peserta-peserta lain, ALL THE BEST….Abang Lee Chong Wei pun ada kat situ… 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *