Red Wok Restaurant Miliki Ciri Tersendiri

Red Wok Restaurant Miliki Ciri Tersendiri

Red Wok Restaurant yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor memiliki ciri tersendiri. Berkonsepkan warna merah sememangnya mewujudkan satu suasana yang unik. Seoalah-olah kita berada dalam misteri… ceh ceh ceh ayat….

Pemilik Red Wok Restaurant merupakan seorang mualaf yang bernama Awang Hashim Bin Abdullah. Red Wok Restaurant beralamat di Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi Red Wok Restaurant :

Isnin hingga Khamis :  12pm hingga 3pm

Isnin hingga Jumaat : 6pm hingga1 2am

Sabtu dan Ahad : 12pm hingga 12am

**Jumaat : Masa makan tengah hari, Red Wok Restaurant ditutup

Red Wok Restaurant – Seafood

Leeza datang ke Red Wok Restaurant ni bertujuan untuk meraikan Hari Lahir adik leeza a.k.a boyfrenz sejati leeza ni… Haaaaaa … Memandangkan adik leeza nak makan steamboat, maka sampai ke Bangi leeza bergerak… Macam lah kat area Cheras dah tak ada steamboat… Kami tiba Red Wok Restaurant pun dah lewat, maka kami tak pandang kiri kanan dan terus menjamu selera…. Haaaa gelojoh bebenor… al-maklum.. lapar ~ ~ ~

Red Wok Restaurant “KETAM”
Red Wok RestaurantSteamboat

Sedang asyik + khusyuk menikmati steamboat di Red Wok Restaurant ni, leeza ternampak peserta MasterChef Malaysia All Stars iaitu Che Lah… Ewaahhhh Che Lah pun makan sini der… Kategori terbaek lah Red Wok Restaurant ni kan…..

Tak akan lah leeza nak snap gambar dengan Che Lah masa tengah-tengah makan tu kan… Tengok jer lah dari jauh… (kredit picture FB)

Selain menyajikan steamboat, Red Wok Restaurant yang memilki ciri tersendiri ini juga ada ala-carte.. Di samping itu, kalau kalian ada yang nak buat event, tapi tak ada tempat, juga boleh datang ke Red Wok Restaurant. Hal ini kerana di sini turut menyediakan khidmat tersebut…. Lihat Laman Red Wok Restaurant >>sini<<

HARGA BUFFET STEAMBOAT + SIZZLINGRED WOK RESTAURANT:
DEWASA : RM33
KANAK-KANAK : RM21

Himpunan di Red Wok Restaurant

TITIK SANTAI :: :: ::

Selamat Menjamu selera di Red Wok Restaurant Bangi Yang Menampilkan Ciri-cirinya tersendiri.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *